• Semasa

    SAYU !! Tersilap Serah Jenazah Mualaf Sehingga Dibakar Jadi Abu





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Tersilap Serah Jenazah Mualaf Sehingga Dibakar Jadi Abu

    SAYU !! Tersilap Serah Jenazah Mualaf Sehingga Dibakar Jadi AbuKAJANG, SELANGOR - Unit Forensik Hospital Kajang dilaporkan tersalah serah jenazah lelaki mualaf kepada sebuah wakil badan kebajikan di mana jenazah berkenaan telah disempurnakan mengikut ajaran Buddha.

    SAYU !! Tersilap Serah Jenazah Mualaf Sehingga Dibakar Jadi Abu


    Lapor Harian Metro, apa yang lebih menyedihkan, jenazah Lin Ah San @ Lim Ah San  atau nama Islamnya, Hassan Abdullah, 74, telah dibakar dan hanya abu yang tinggal. 

    Difahamkan, nama Lin Ah San @ Lim Ah San dikatakan hampir sama dengan nama Chu Kim San, 70-an yang turut ditempatkan di unit forensik hospital tersebut.

    Pengerusia Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Mohd Azmi Md Zain berkata, kekeliruan itu berlaku apabila ada dua mayat lelaki Cina di unit forensik itu yang mempunyai nama yang hampir sama, dipercayai punca pengurusan unit forensik tersalah serah mayat. 

    Menurutnya, lelaki mualaf yang juga penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah meninggal dunia di Hospital Kajang akibat sakit tua dan pihaknya dimaklumkan mengenai kematian itu jam 10 pagi semalam. 

    "Wakil kami pergi ke Unit Forensik Hospital untuk menutut mayat. Namun pihak pengurusan unit forensik memaklumkan beberapa prosedur perlu dilakukan untuk menuntut mayat terbabti dan dijangka mengambil masa,"katanya. 

    Namun mereka menyedari berlaku kesilapan pada jam 3 petang semalam apabila mendapati jenazah itu sudah tiada dan dimaklumkan telah diserahkan kepada wakil sebuah badan kebajikan kerana keliru dengan nama kedua-duanya yang hampir sama. 

    Apabila pihak hospital menghubungi pengurusan rumah kebajikan itu, mereka memaklumkan mayat terbabit sudah dibakar. 

    "Pihak hospital sudah menyerahkan abu mayat lelaki mualaf itu kepada kami jam 12 tengah hari untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang," katanya yang turut membuat satu laporan polis di Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut. 

    Sementara itu, jurucakap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata, pihaknya masih menyemak status kes ini dan akan memaklumkan perkembangan lanjut sebaik mendapat maklumat lengkap berhubung kejadian itu. 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad