• Semasa

    KJ Menentang Pengiran Abdul Mateen 22 Ogos Ini





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    KJ Menentang Pengiran Abdul Mateen 22 Ogos Ini - Minggu lalu umum mengetahui Khairy Jamaluddin dan Pengiran Abdul Mateen akan bertanding dalam acara ekuestrian polo di Sukan SEA ke 29 Kuala Lumpur.

    Mesti ramai yang tak sabar nak tengok perlawanan luar biasa tersebut. Acara ekuestrian polo bakal membuka tirainya pada 22 Ogos ini.


    Menerusi laporan Bernama, pasukan Malaysia bakal berdepan dengan kerabat diraja Brunei di Taman Ekuestrian, Putrajaya.

    Berdasar senarai pasukan yang mengambil bahagian, antara tujuh pemain yang disenaraikan dalam pasukan polo Brunei, empat pemain merupakan kerabat diraja Brunei iaitu Putera Abdul Mateen Bolkiah, 26, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, 33, Pengiran Muda Bahar Bolkiah, 36, dan Pengiran Muda Abdul Qawi, 43.


    Putera Abdul Mateen merupakan barisan keenam pemegang takhta kesultanan Brunei, dikenali ramai sebagai aktif bersukan manakala kekandanya, Azemah Ni’matul antara dua pemain polo wanita bagi acara ekuestrian polo KL2017.

    Bagi pasukan Malaysia, Khairy, yang merupakan menteri pertama di rantau ini yang mengambil bahagian dalam sukan dwitahunan itu, akan bermain bersama enam pemain utama polo Malaysia.

    Pasukan Polo Malaysia:

    1. Khairy Jamaluddin
    2. Shaik Reismann Mohamed Ismail
    3. Muhammad Faizal Abu Bakar
    4. Abdul Rashid Hasnan
    5. Amran Selamat
    6. Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman
    7. Mohd Zulhelmi Nadzar

    Pasukan Polo Brunei:

    1. Pangiran Muda Abdul Mateen Bolkiah
    2. Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah
    3. Pangiran Muda Bahar Bolkiah
    4. Pangiran Muda Abdul Qawi
    5. Huzaimi Haji Mahari
    6. Mohamad Huzaimi Husin

    Sumber: Astro Gempak via Hanasuva

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad