• Semasa

    “Ikutkan hati memang rasa nak sepak dan terajang budak-budak yang kena tahan tu” – Luah abang Allahyarham adik Amiel Asyraf





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    “Ikutkan hati memang rasa nak sepak dan terajang budak-budak yang kena tahan tu” – Abang Allahyarham adik Amiel Asyraf - PETALING JAYA: “Ikutkan hati memang rasa nak sepak dan terajang budak-budak yang kena tahan tu”, demikian luahan perasaan abang kepada Allahyarhan Amiel Asyraf Abdul Rashid.

    "Ikutkan hati memang rasa nak sepak dan terajang budak-budak yang kena tahan tu" - Abang Allahyarham adik Amiel Asyraf

    Amirul Aiman Abdul Rahsid,18, memberitahu sebaik sahaja mengetahui punca kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung Khamis lalu, dia tiba-tiba menjadi marah.

    Bagaimanapun, Amirul yakin perasaan itu tidak akan mengubah apa-apa yang telah berlaku hingga mengorbankan adiknya bersama 20 pelajar serta dua warden asrama pusat tahfiz itu.

     “Walaupun saya marah atau bengang ia tidak akan mengembalikan adik saya lagi. “Marah memang marah tetapi dalam masa sama kami sekeluarga cuba menerima hakikat bahawa adik saya sudah tidak ada,” ujarnya kepada mStar Online.


    Jelas Amirul, dia sekeluarga kini masih dalam kesedihan dan cuba menjalani hidup seperti biasa.

    “Walaupun bukan bertemu hari-hari, kami sekeluarga memang rapat, lebih-lebih lagi dia anak paling kecil. Perwatakannya sentiasa ceria dan kali terakhir bertemu dengan ibu pada Rabu lalu dia telah menyerahkan surat tulisan tangannya.

    “Memang tidak sangka, tetapi inilah hakikatnya.

    “Malah keadaan ibu juga sedikit okay dan kami adik beradik cuba untuk tidak menambah kesedihannya.

    “Abang saya yang bekerja di Johor meminta saya membawa ibu ke sana jika dia tidak sihat,” ujarnya yang merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.

    Amirul yang mesra dipanggil Angah berkata, dia sedikit lega kerana segalanya telah selesai.

    “Biarlah pihak berkuasa yang menguruskan pesalah-pesalah itu. Saya berharap mereka dikenakan hukuman yang setimpal,” katanya.

    Sementara itu, bapanya, Abdul Rashid Ramli, 47, redha dengan redha apa yang berlaku dan serahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut.

    Katanya, apa yang penting anak saya telah selamat disempurnakan dan berada di tempat yang lebih baik.

    Sebelum ini surat yang ditulis Amiel Asyraf menjadi tular di media sosial dengan kata-kata menyentuh hati yang ditujukan kepada ibu bapanya.

    Antara kandungan surat berkenaan Allahyarhan ingin membalas jasa  kedua orang tuanya dengan memasuki pusat tahfiz berkenaan.

    Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh memberitahu tujuh remaja berusia antara 11 hingga 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kebakaran  pusat tahfiz berkenaan.

    Menurut Amar Singh, enam daripada tujuh suspek yang ditahan positif dadah dan direman selama tujuh hari sehingga 22 September untuk siasatan lanjut.


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad