• Semasa

    MAKAN DALAM ! Setelah Dikecam RIAK Bermandikan DUIT , Datuk Seri Vida Tampil Dengan Respon Yang Mengejutkan !!





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    MAKAN DALAM ! Setelah Dikecam RIAK Bermandikan DUIT , Datuk Seri Vida Tampil Dengan Respon Yang Mengejutkan !! - TINDAKAN pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida asyik ‘mandi’ duit dan barang berlian baru-baru telah mengundang kritikan daripada orang ramai.

    Netizen berpendapat Vida atau nama sebenarnya, Datuk Seri Dr. Hamiza Othman tidak sewajarnya bertindak menunjukkan kekayaan yang dimilikinya sedemikian rupa secara terbuka.

    Hal ini kerana, ramai yang beranggapan jutawan kosmetik itu seolah-olah bersikap riak dan menunjuk.

    Bagaimanapun, Vida dilihat mempertahankan tindakan berkenaan dengan berkata beliau berbuat sedemikian bukan atas niat untuk menunjukkan kekayaan mahupun riak.

    Sebaliknya, babak itu dibuat adalah sebagai inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia supaya bekerja dengan keras untuk menjadi seperti dirinya.

    “Klip video saya ini bukan nak menunjuk atau riak dengan kekayaan tetapi untuk memberi inspirasi kepada orang ramai tentang wang dan kemewahan.

    “Senang cakap apa yang ditunjukkan adalah satu cara kehidupan agar orang ramai berusaha untuk berjaya, tapi orang tak faham. Terkesima juga saya dengan komen-komen mereka itu,” katanya dipetik sebuah portal online.

    Jelas Vida lagi, beliau telah menghabiskan sekitar RM1 juta semata-mata untuk pembikinan video klip tersebut. Kos produksi sahaja telah memakan belanja mencecah RM180,000 dan peralatan pula menelan belanja sehingga RM80,000.

    “Untuk klip video itu saja saya telah membelanjakan kira-kira RM1 juta. Kos produksi saja menelan belanja RM180,000, untuk peralatan klip video itu saya telah membelanjakan kira-kira RM80,000,” ujarnya.

    Menurutnya lagi, cincin rama-rama yang dipakai dalam video berkenaan adalah ditempah khas dengan harga RM400,000.

    A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

    Selain itu, beliau dikatakan bakal melelong barang perhiasan tersebut kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya.

    “Cincin rama-rama yang saya pakai itu berharga RM400,000. Disebabkan saya nak konsep rama-rama, cincin itu ditempah, nanti kalau siapa berminat saya akan lelong sebab itu bukan cincin biasa,” terang Vida.

    Vida memaklumkan klip video yang penuh dengan warna-warni dan ceria itu bakal dilancarkan secara rasmi pada 30 September ini.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad