• Semasa

    Penapis Air Coway Rentung Ketika Tiada Orang Di Rumah





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Penapis Air Coway Rentung Ketika Tiada Orang Di Rumah

    Penapis Air Coway Rentung Ketika Tiada Orang Di Rumah - BUKAN sahaja mesin penapis air jadi rentung, malah meja tempat di mana ia diletakkan turut hangus terbakar bersama, sekaligus memusnahkan alas meja dan benda-benda lain di sekitarnya.


    Penapis Air Coway Rentung Ketika Tiada Orang Di Rumah


    Kejadian ini dikatakan berlaku ketika semua penghuni tiada di rumah.

    Gambar yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter @enamalique (Ena) itu menjadi viral di media sosial, menurutnya penapis air yang terbakar di rumah makciknya itu adalah berjenama Coway.

    Punca kebakaran pada penapis tersebut setakat ini belum diketahui, namun menurut Ena, suis mesin penapis tersebut memang sentiasa dihidupkan setiap masa kerana mematuhi arahan jurujual penapis tersebut yang meminta untuk berbuat demikian.


    Beberapa pengguna lain turut mengaku pernah mengalami perkara yang sama terhadap penapis air jenama Coway yang mereka gunakan sebelum ini.

    Ramai yang menasihatkan agar memastikan suis mesin penapis dimatikan jika tiada di rumah bagi mengelakkan kejadian sama berlaku, dan mungkin boleh menyebabkan kebakaran.

    Sumber: Milo Suam

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad