Ratusan warga Singapura bantah pelantikan Halimah Yaacob
Ratusan warga Singapura bantah pelantikan Halimah Yaacob - Ratusan warga Singapura mengadakan bantahan berhubung kemenangan mudah Presiden wanita pertama negara itu, Halimah Yaacob pada pilihan raya lalu.
Halimah dilantik secara rasmi semalam selepas dua pesaingnya tidak layak untuk bertanding.
Bantahan itu susulan kemarahan rakyat negara itu di media sosial, yang mereka sifatkan kemenagan Halimah seperti ‘disengajakan’.
Seorang aktivis sosial, Gilbert Goh, yang menganjurkan bantahan tersebut berkata, mereka mahu menunjukkan rasa dikhianati selepas tidak diberi peluang untuk mengundi calon pilihan.
“Kami tidak menentang Presiden…kami menentang sistem. Kami menentang proses yang menghalang hak kami untuk mengundi,” ujar Goh selepas bantahan itu. – AFP
Sumber: Utusan
No comments