• Semasa

    (Video) Tragedi Kren Terbalik, Tak Sempat Ucap Selamat Tinggal Kepada Orang Tersayang





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    (Video) Tragedi Kren Terbalik, Tak Sempat Ucap Selamat Tinggal Kepada Orang Tersayang

    (Video) Tragedi Kren Terbalik, Tak Sempat Ucap Selamat Tinggal Kepada Orang Tersayang - Kejadian kren menara jatuh memang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Punca-punca yang menyebabkan hal seperti boleh berlaku mungkin disebabkan masalah kren itu sendiri, masalah cuaca ataupun masalah daripada pihak pemaju itu sendiri.

    (Video) Tragedi Kren Terbalik, Tak Sempat Ucap Selamat Tinggal Kepada Orang Tersayang


    Berdasarkan artikel ini, satu tragedi kren menara yang jatuh ini berpunca daripada sikap tanggungjawab yang diamalkan oleh sesetengah pemaju hartanah. Mengendalikan kren menara bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia perlu dikendalikan oleh orang-orang yang terlatih sahaja.

    Satu rakaman video tragedi yang dikongsi oleh saudara Mal Swan melalui laman sosial facebook nya.  

    Perkara ini baru berlaku semalam dimana kren menara jatuh di Poland dan gambar tersebut menunjukkan pengendali kren meninggal dunia ketika bergegas untuk cuba menyelamatkan nyawanya. Saya boleh bayangkan ketakutan dalam fikirannya apabila melalui detik-detik cemas ketika dia cuba untuk keluar daripada tempat mengendalikan kren tersebut. Dia tidak berpeluang untuk menurunkan kren tersebut setinggi 130 atau 180 kaki untuk menjadikan kren tersebut kukuh berdiri diatas tanah, beliau juga tidak berpeluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada isteri atau anak-anak yang tersayang. Lelaki yang bekerja keras ini meninggal hanya dalam sekelip mata sahaja iaitu dalam kira-kiran 5 saat. Dia juga menghadapi detik pengalaman yang amat menakutkan saat akhir kematiannya.

    Hal ini merupakan sebab saya dan 180 pengendali kren menara di Ireland sanggup meminta gaji yang tinggi untuk bekerja sebagai pengendali kren menara supaya kami boleh menyediakan apa-apa keperluan kepada orang tersayang, seperti memberikan taraf kehidupan yang baik kepada mereka sebelum sesuatu perkara yang tragis berlaku keatas kami.

    Semoga mangsa tersebut mati dengan tenang, ini adalah perasaan takut yang kami akan alami kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

    Hanya perlu berikan kami gaji untuk kami bekerja sebagai pengendali kren menara ini.

    Tragedi kren menara jatuh ini saya syorkan ditonton oleh sesiapa yang mampu untuk menonton sahaja.

    Saya akan pergi kepada anak-anak saya untuk mencium mereka sebelum saya tidak mempunyai peluang untuk berbuat demikian ketika menjalan tugas.

    EDIT: Saya baru sahaja dimaklumkan bahawa pengendali kren berumur 22 tahun dan beliau baru pertama kali bekerja dalam pembinaan. Walaupun punca berlakunya tragedi masih tidak jelas, tapi yang amat menakutkan adalah pemaju tidak bertanggungjawab telah menghantar pengendali kren menara tidak terlatih dan buruh. Sementara itu, kami telah melancarkan mogok. Saya tidak mempunyai keraguan bahawa kemalangan seperti ini akan berlaku di Ireland ketika pembinaan sedang dijalankan melainkan jika HSA (Health and Safety Authority) dan SOLAS (pihak berkuasa latihan Ireland) menjalankan tanggungjawab mereka bersama-sama dan menjalankan tugas mereka dengan betul. Video ini telah dihantar ke HAS menunjukkan orang yang tidak terlatih dihantar beroperasi ke kren kami di sini, SOLAS telah memberikan keterangan bahawa pekerja tidak terlatih mengendalikan kren mereka dan tidak melakukan apa-apa. Ini merupakan perkara salah yang dilakukan oleh mereka kerana tidak menjalankan tanggungjawab dengan betul.




    Sumber: Siakapkeli

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad