• Semasa

    Padah berlumba Haram.. Faisal nazak dan maut dikatil Hospital lepas kemalangan (8 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Padah berlumba Haram.. Faisal nazak dan maut dikatil Hospital lepas kemalangan (8 Gambar) - Klebang : Angkara berlumba secara haram, 10 mangsa terlibat kemalangan dan salah seorangnya maut, kumpulan samseng jalanan itu dipercayai berlumba dari Jalan Limbongan menghala ke Dataran 1Malaysia. Penunggang maut di katil hospital selepas parah kemalangan dengan lapan motosikal lain di Jalan Pantai Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka Tengah, awal pagi Sabtu.

    Padah berlumba Haram.. Faisal nazak dan maut dikatil Hospital lepas kemalangan (8 Gambar)


    Faisal Hanafi, 21, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka manakala dua rakannya, masing-masing patah paha kanan dan kaki kiri. Penunggang lain pula luka pada badan, leher, mulut, hidung, kaki dan tangan.

     Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri Melaka, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata kemalangan berlaku ketika mereka berlumba. Beliau berkata, siasatan awal mendapati kumpulan itu bergesel sesama sendiri sebelum bertembung, hilang kawalan dan terbalik. 

    “Kumpulan samseng jalanan itu dipercayai berlumba dari Jalan Limbongan menghala ke Dataran 1Malaysia.

      Padah berlumba Haram.. Faisal nazak dan maut dikatil Hospital lepas kemalangan (8 Gambar) 
       
     
     
     
     

     “Sehingga ini, empat ditahan di wad untuk pemantauan pegawai perubatan manakala yang lain dirawat sebagai pesakit luar. Semua terbabit dalam kemalangan ini berusia antara 16-21 tahun. 

    Ada yang sudah tidak lagi bersekolah, bekerja sebagai buruh dan penganggur,” katanya. Mohd Sham berkata, polis kesal ada orang membawa motosikal berkenaan pulang selepas kemalangan. 

     Katanya, polis kini sedang mengesan waris dan rakan mangsa yang membawa motosikal itu daripada lokasi kemalangan. 

     “Mereka diminta serah motosikal itu kepada polis segera. Ia perlu dihantar ke PUSPAKOM bagi tujuan siasatan. 

     “Semua penunggang terbabit juga sudah ditahan, sampel darah mereka diambil untuk dihantar ke makmal bagi dianalisis. “Kita akan siasat kes ini mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, semoga keluarga mangsa ini . Al fatihah.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad