• Semasa

    Tidak Semua Kes PPIM Kenakan Bayaran, Bergantung Kepada Budi Bicara Kes. Kita Juga Kena Tanggung Kos Operasi





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Tidak Semua Kes PPIM Kenakan Bayaran, Bergantung Kepada Budi Bicara Kes. Kita Juga Kena Tanggung Kos Operasi - Yusuf Azmi, Pengrah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia menjelaskan bahawa tidak semua kes dikenakan caj pengurusan dan jika ada, bayaran bergantung kepada budi bicara berdasarkan kes, ketika diminta mengulas isu caj 10% bagi penyelesaian kes ah long.

    “Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita tidak mempunyai dana khusus untuk berurusan dengan ah long atau kes lain. Caj yang dikenakan juga dipersetujui pengadu. Kita ada kos operasi, pengurusan, termasuk bayaran gaji kakitangan yang bertugas," katanya.

    Ujar Yusuf Azmi, ia adalah prosedur operasi standard (SOP) untuk smua aduan dan dipersetujui antara pengadu dengan pihaknya sebelum rundingan dengan ah long dimulakan.

    Malah, dalam kebanyakkan kes tiada caj pengurusan yang dikenakan, namun ia bergantung kepada hasil rundingan setiap kes.

    "Sebagai contoh, ada satu kes di mana pengadu meminjam RM10,000, along tuntut RM100,000 atas alasan kadar bunga dan sebagainya.

    "Kita runding dengan ah long dan capai jalan penyelesaian, kita bayar RM2,000 saja misalnya. Jadi kita bukan caj atas jumlah RM10,000, tapi dikira daripada rundingan akhir RM2,000, bermakna RM200," katanya lagi.


    Tambah Yusuf Azmi, UTK PPIM dibantu lebih 30 kakitangan bagi menguruskan puluhan kes setiap hari. Jadi, mereka juga memerlukan kos untuk pergerakan dan perbelanjaan ketika berurusan dengan ah long.

    Malah, ada beberapa kes yang dibawa ke PPIM berlaku di luar Kuala Lumpur yang menuntut belanja perjalanan termasuk minyak dan tol. Justeru, kos tersebutlah yang dikenakan kepada pengadu sebagai kos pengurusan.

    "Tapi apa yang boleh saya katakan, daripada lebih 1,000 kes yang kita bantu selesaikan pada tahun ini, hanya berapa puluh saja yang kita caj. Ada yang pengadu sendiri nak sedekah, kita terima kerana kita pun bukannya ada duit.

    "Banyak rakan perniagaan PPIM juga membantu menyumbang. Ada yang bagi sebulan sekali, ada yang bagi 'one off', saya juga ada perniagaan sendiri. Ini yang membantu menggerakkan unit ini," katanya.

    Yusuf Azmi turut meminta kepada orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi sekretariat UTK PPIM di talian 019-9130000 atau 013-220 1565.

    Sumber: Siakapkeli

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad