• Semasa

    (Video) Polis Dubai Perkenal Kenderaan Canggih Baru Milik Mereka, Boleh Capai Kawasan Sesak Dengan Pantas





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    (Video) Polis Dubai Perkenal Kenderaan Canggih Baru Milik Mereka, Boleh Capai Kawasan Sesak Dengan Pantas - Pasukan Polis Dubai telah terkenal dengan penggunaan beberapa koleksi kereta supercar yang seperti McLaren, Lamborgini dan banyak lagi telah mendedahkan kenderaan baru mereka.

    Pasukan polis negaraan berkenaan dikatakan menerima sebuah model baru kenderaan untuk memerangi jenayah di negara yang kaya dengan hasil petroleum itu iaitu Hoverbike atau dikenali dengan 'motosikal terbang'.


    Jentera ini dikatakan mampu terbang pada altitud lima meter dan ia mampu mencapai kelajuan melebihi 75km/j dengan digerakkan menggunakan motor elektrik janaan bateri, boleh berfungsi selama 25 minit bagi setiap cas penuh.


    Dengan spesifikasi yang dinyatakan, jelas Hoverbike ini tidak berkemampuan untuk beraksi dalam adegan kejar-mengejar kelajuan tinggi, namun buat masa ini polis Dubai akan menggunakannya sebagai kenderaan pertama yang akan sampai ke tempat-tempat yang sukar untuk dijangkau oleh kenderaan biasa contohnya di tengah-tengah kesesakan jalan raya.

    'Motosika terbang' ini mampu membawa muatan seberat 272 kg, ia lebih dari cukup untuk membawa seorang anggota keselamatan untuk ketempat-tempat dirasakan sukar dan mampu membuat tugas-tugas dron dengan jarak sehingga enam kilometer.

    Jentera yang kelihatan seperti dron ini telah dipertontonkan pada acara Gulf Information Technology Exposition (GITEX), dan dibina oleh syarikat Hoversurf dari Rusia. Pembinaan ‘motosikal terbang’ ini diasaskan dari produk Hoversurf sendiri, dari model Scorpion-3.





    Ini mungkin satu permulaan untuk kenderaan terbang, sekarang memang agak perlahan, tapi masa kehadapan kita tak tahukan.

    Sumber: AutoWeek via Siakapkeli

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad