Punca Lelaki OKU Tetak dan Bakar 4 Sekeluarga


Punca Lelaki OKU Tetak dan Bakar 4 Sekeluarga | KUALA SELANGOR: Polis telah menahan seorang lelaki berusia 38 tahun kerana disyaki terlibat dalam kejadian membunuh dan membakar kediaman empat sekeluarga di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Sepang pada Rabu.

Lelaki tersebut telah ditahan di sebuah rumah kedai di Jalan 10/40, Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur.

Punca Lelaki OKU Tetak dan Bakar 4 Sekeluarga


Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, suspek merupakan seorang OKU yang mempunyai masalah pekak dan bisu, dan merupakan teman lelaki kepada anak perempuan bongsu mangsa pasangan warga emas itu.

Beliau turut memaklumkan, motif kejadian adalah disebabkan oleh masalah kewangan yang dihadapi suspek di mana suspek cuba mendapatkan wang dari pasangan tersebut tetapi tidak dilayan.

“Suspek kemudiannya naik berang dan bergelut dengan mangsa dan bertindak memukul mangsa dengan pisau dan kayu sebelum membakar kediaman terbabit.

“Suspek yang turut mengalami kecederaan kemudiannya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas KPD, di sini, hari ini.

Tambah Mazlan, suspek yang bekerja di sebuah kilang perabut tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Dalam kejadian tersebut, empat sekeluarga yang maut dalam kebakaran itu dipercayai dibunuh sebelum dibakar.

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Selangor, SAC Fadzil Ahmad berkata, siasatan awal Pasukan Siasatan Tempat Kejadian (CSI) mendapati, terdapat kesan tetakan pada badan mangsa.

Pihaknya juga mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Empat sekeluarga yang maut adalah pasangan suami isteri dikenali sebagai Chia Tee Nang, 73 tahun, Lim Mai Shak, 68 tahun dan cucu mereka, Chia Yuan Bin, 3 tahun, manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang masih belum dikenal pasti.

Artikel The Viral News Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top