• Semasa

    Remaja 13 tahun hamil 'diratah' teman lelaki 16 tahun





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Remaja 13 tahun hamil 'diratah' teman lelaki 16 tahun. JITRA - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan polis Selasa lalu kerana disyaki merogol teman wanitanya berusia 13 tahun sehingga hamil.



    Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, suspek yang masih menuntut di sebuah pusat kemahiran di daerah ini dipercayai tinggal di kawasan perumahan yang sama dengan mangsa.

    Remaja 13 tahun hamil 'diratah' teman lelaki 16 tahun


    “Polis menerima panggilan daripada seorang doktor wanita dari sebuah klinik kesihatan di Bukit Kayu Hitam pada jam 3.45 petang memaklumkan hasil pemeriksaan terhadap mangsa mendapati dia hamil 26 minggu,” katanya ketika majlis sambutan Hari Polis ke-211 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, semalam.

    Menurutnya, mangsa dikatakan datang ke klinik itu bersama keluarga dan teman lelakinya untuk menjalani pemeriksaan.

    “Bagaimanapun doktor yang mengesyaki sesuatu mencurigakan kemudian menghubungi Balai Polis Bukit Kayu Hitam bagi makluman dan merujuk pesakit ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk tindakan lanjut,” katanya.

    Mohd Ismail berkata, hasil percakapan mangsa mendapati dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang dikenali sejak tiga tahun lalu.

    “Selain itu, mangsa juga didakwa pernah beberapa kali melakukan hubungan di rumahnya ketika ibu bapanya tiada di rumah.

    “Berikutan itu, polis menahan suspek lelaki pada hari laporan diterima dan direman lima hari sehingga semalam.

    “Mangsa dikatakan mengandung pada Disember 2017 dan keluarganya juga dikatakan sudah berbincang dan bersetuju untuk mengahwinkan mereka dengan segera,” katanya.

    Terdahulu, seramai 75 anggota dan pegawai serta orang awam menerima sijil dan surat penghargaan termasuk polis dan Imigresen Thailand yang disampaikan Mohd Ismail. - Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad