• Semasa

    Inilah Isi Peti Besi Berusia 20 Tahun Yang Berjaya Dibuka





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Inilah Isi Peti Besi Berusia 20 Tahun Yang Berjaya Dibuka. SHAH ALAM - Peti besi di kediaman peribadi Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, yang berjaya dibuka tersimpan mata wang asing lama yang kecil jumlahnya.


    Inilah Isi Peti Besi Berusia 20 Tahun Yang Berjaya Dibuka


    Jurucakap bekas perdana menteri, dalam kenyataan lewat malam tadi, berkata ia turut mengandungi beberapa dokumen termasuk sijil perkahwinan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.

    “Ia merupakan sebuah peti besi yang berusia lebih 20 tahun dan dibuka secara paksa kerana kuncinya telah hilang,” katanya.

    Menurutnya, peti besi itu terpaksa dibuka menggunakan kepakaran tukang kunci.

    Jurucakap itu seterusnya berkata peti besi di kediaman rasmi Seri Perdana di Putrajaya merupakan sebahagian daripada rumah berkenaan.

    “Tidak sepatutnya timbul masalah membukanya,” menurut kenyataan itu.

    Sebelum ini, polis dilaporkan menghadapi kesukaran membuka peti besi di kediaman peribadi Najib di Taman Duta itu selepas dikatakan kunci tersebut sudah lama hilang.

    Penggeledahan di kediaman peribadi bekas perdana menteri itu, serta lima lagi lokasi lain, adalah sebahagian daripada siasatan kes penyelewengan dana, syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (IMDB). - Bernama

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad