• Semasa

    Jangan Lantik Anwar PM Serta-merta - Kata Daim





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Jangan Lantik Anwar PM Serta-merta - Kata Daim. TUN Daim Zainuddin mengingatkan kerajaan untuk tidak melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri serta-merta, sebaik bekas timbalan perdana menteri itu kembali ke Parlimen.


    Jangan Lantik Anwar PM Serta-merta - Kata Daim


    Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan itu berkata, tindakan untuk menukar perdana menteri sekarang adalah sesuatu yang tidak bijak kerana sebarang peralihan kuasa sepatutnya berlaku pada pertengahan penggal.

    Daim yang juga antara lima pakar dalam Majlis Penasihat Kerajaan berkata, beliau sebelum ini menemui Anwar dan memberitahunya: “Anda semua mencuba nasib banyak kali dalam pilihan raya tetapi gagal.

    "Sama ada anda suka atau tidak, Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya.

    "Jika anda mungkir janji kepada rakyat, mereka tidak akan percaya anda lagi," katanya dalam temu bual dengan akhbar Singapura, Straits Times.

    Anwar, 70, dijadualkan bebas dari Penjara Sungai Buloh pada 8 Jun kerana berkelakuan baik.

    Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dihukum penjara lima tahun pada 2015 bagi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, yang didakwa penyokongnya sebagai bermotifkan politik.

    Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, bersetuju memberi pengampunan dan pembebasan serta-merta kepada Anwar yang bakal dimuktamadkan esok

    Dr Mahathir sebelum ini berjanji akan kekal sebagai perdana menteri selama dua tahun sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Anwar, manakala isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

    Pada Ahad lalu, Anwar turut menyuarakan sokongan PKR kepada kepimpinan Dr Mahathir susulan bantahan terhadap pelantikan tiga menteri Kabinet.

    Anwar juga meminta kepimpinan PKR memastikan kekuatan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir dan Azizah terus dipertahankan. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad