Keluarga sukar katakan tidak ketika Tun M mula salam Anwar

Keluarga sukar katakan tidak ketika Tun M mula salam Anwar. SHAH ALAM - Seakan ada sesuatu yang berat untuk dilafazkan puteri reformasi ini bila ditanya mengenai penerimaan keluargannya terhadap sosok bernama Tun Dr Mahathir Mohamad.


Keluarga sukar katakan tidak ketika Tun M mula salam Anwar


Jelas Nurul Izzah Anwar, bukan mudah buat keluarganya untuk menerima 'seadaanya' individu yang bernama Mahathir ini.

Ini kerana menurut anak sulung Anwar itu, perjalanan hidup hampir 20 tahun membabitkan ayahnya dan Mahathir cukup berliku dan penuh beronak.

"Saya ingin tekankan bahawa ia bukan sesuatu yang mudah buat kami...kerana kami turun naik penjara.

"Kami menyaksikan sendiri bila institusi demokrasi disalah guna, tapi saya selalu ingatkan diri saya tentang apa yang akan Rasulullah SAW buat.

"Kita cuba selami diri, apa yang akan kita perlu buat kalau kita dalam keadaan sebegitu," katanya dalam program FB Live Sinar Harian, di sini, hari ini.

Katanya titik tolak perubahan berlaku dalam keluarganya apabila Mahathir menunjukkan komitmen menyatakan kebersamaan berjuang bersama-sama mereka (Harapan).

"Bila Tun M datang ke mahkamah, bersalam dengan ayah dan menyatakan mahu bersama Pakatan Harapan, sukarlah untuk kita katakan tidak," katanya.


Berbicara lanjut, Nurul Izzah berkata, rentetan daripada itu beliau menyatakan iltizam untuk terus memandang ke hadapan.

"Saya seringkali ingatkan, kita perlu utamakan negara jadi memang itulah yang saya lakukan," katanya.

Jelasnya, meskipun ada perasaan takut, namun beliau yakin dengan apa yang beliau lakukan.

"Kami lalui hari yang sangat sukar, kadang saya rasa takut tapi saya cuba hadapi dan saya tak mahu kita benci sesiapa kita benci perilaku dan tindakan mereka," katanya.

Oleh itu, tegasnya beliau tidak mahu membenci sesiapa dan enggan menjadikan perilaku buruk seseorang sebagai dendam peribadi.

Anwar dan Mahathir mempunyai sejarah yang cukup panjang dalam politik tanah air, penuh bermusuh suatu ketika masa dahulu namun kini kerjasama mereka kembali bertaut untuk bersama-sama membangunkan Malaysia. - Sinar Harian

Artikel The Viral News Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top