• Semasa

    Lebih 100 maut Boeing 737 terhempas





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Lebih 100 maut Boeing 737 terhempas. HAVANA : Lebih daripada 100 penumpang terbunuh manakala tiga lagi terselamat dalam tragedi membabitkan pesawat Boeing 737 yang terhempas semalam.

    Lebih 100 maut Boeing 737 terhempas


    Pesawat itu yang sedang dalam penerbangan domestik ke Holguin di timur Cuba, terhempas sejurus selepas meninggalkan Havana pada jam 11 pagi waktu tempatan.

    Menurut laporan media tempatan, pesawat berkenaan membawa bersama 104 atau 105 penumpang termasuk lima kanak-kanak dan sembilan kru pesawat.

    Media tempatan juga melaporkan, lima daripada penumpang termasuk kru pesawat itu adalah rakyat asing.

    Ia disahkan kerajaan Mexico yang memberitahu rakyat mereka adalah antara penumpang terbunuh dalam nahas terbabit.


    ANGGOTA pasukan penyelamat yang berada di bangkai pesawat Boeing-737 yang terhempas sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang Jose Marti di Havana, Cuba. - Foto Reuters
    Presiden Miguel Diaz-Canel dalam satu kenyataan menerusi stesen televisyen berkata, kemalangan berkenaan adalah berita buruk buat negaranya, berikutan jumlah kematian yang tinggi.

    "Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran pada pesawat itu dan pihak berkuasa sedang berusaha mengenal pasti kesemua mayat.

    "Punca nahas masih belum diketahui dan ia masih dalam siasatan," katanya.

    Seorang saksi, Gilberto Menendez yang mengusahakan restoran berhampiran lokasi kejadian di kawasan pertanian Boyeros berkata, beliau dan pelanggan mendengar beberapa letupan sebelum melihat asap tebal berkepul di udara. - Reuters

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad