Lelaki kenamaan (VIP) ditembak sembilan das

Lelaki kenamaan (VIP) ditembak sembilan das. LELAKI dipercayai individu kenamaan (VIP) cedera ditembak di simpang Taman Sentosa, Jalan Kulim, Bukit Mertajam, pagi hari ini.


Lelaki kenamaan (VIP) ditembak sembilan das


Lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya itu dipercayai ditembak sekurang-kurangnya sembilan das dalam kejadian 11.45 pagi.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, beliau terdengar bunyi letupan disangka mercun sebelum melihat kereta Honda Accord terbabas di pembahagi jalan berhampiran simpang tiga itu.

Katanya, mangsa yang cedera dibantu orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Bukit Mertajam.

Ketika ini, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid masih dalam perjalanan ke tempat kejadian dan maklumat lanjut akan dikemaskini.

Artikel The Viral News Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top