• Semasa

    Mahkamah Tinggi Israel sokong tembak penduduk Palestin





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Mahkamah Tinggi Israel sokong tembak penduduk Palestin. BAITULMAQDIS: Mahkamah Agung Israel semalam mengekalkan penggunaan kekerasan membawa maut tentera Zionis ke atas penduduk Palestin ketika bantahan dan pertembungan di sempadan Gaza.


    Mahkamah Tinggi Israel sokong tembak penduduk Palestin


    Dalam keputusan setebal 41 muka diterbitkan Kementerian Kehakiman malam semalam, panel tiga hakim secara sebulat suara menolak satu petisyen oleh kumpulan hak asasi manusia Israel dan Palestin untuk mengekang penggunaan penembak hendap tentera yang melepaskan peluru hidup.

    Ketua Hakim Esther Hayut menerima pendirian kerajaan, penunjuk perasaan Gaza bukan penunjuk perasaan awam secara aman namun sebahagian 'konflik bersenjata' antara Israel dan pemerintah Islam Gaza, Hamas.

    Namun beliau berkata, walaupun keputusan itu, tentera seharusnya meneruskan semakan dalaman berhubung insiden terbabit dan prosedurnya.

    Peraturan itu dikecam masyarakat antarabangsa selepas tentera Israel menembak mati sekurang-kurangnya 62 penduduk Gaza 14 Mei lalu, apabila ribuan rakyat Palestin membantah pemindahan secara rasmi Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

    Presiden Perancis Emmanuel Macron mengutuk keganasan dilakukan pasukan bersenjata Israel ke atas penunjuk perasaan.

    Tuntutan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) untuk siasatan bebas insiden Gaza disokong Britain, Jerman dan Switzerland.

    Israel menolak cadangan itu, begitu juga AS yang menyekat langkah untuk satu siasatan di PBB.

    Ireland dan Belgium memanggil wakil Israel memberi penjelasan sementara Afrika Selatan memanggil semula dutanya ke Israel.

    Tentera Israel membunuh 121 penduduk Palestin dalam bantahan sejak 30 Mac lalu di sempadan yang turut mencederakan 2,400 lain.

    Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Israel dan Pusat Hak Asasi Manusia Al Mezan berpusat di Gaza berhujah di mahkamah, undang-undang antarabangsa melarang penggunaan tembakan hidup ke atas penunjuk perasaan tidak bersenjata. -AFP

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad