Makan coklat je pon nak bising? Najib Oh Najib...

Makan coklat je pon nak bising? Najib Oh Najib... SHAH ALAM - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh meminta bukti tuduhan dan mengenalpasti anggota polis didakwa memakan coklat dan meminta makanan ketika pemeriksaan di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 16 dan 17 Mei lalu.


Makan coklat je pon nak bising? Najib Oh Najib...


Bukan itu sahaja, Amar Singh turut meminta bukti pembocoran gambar ketika siasatan seperti dituduh peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal sebelum ini.

"Saya tidak akan bertoleransi dengan kelakuan tidak profesional anggota terbabit. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terbabit kerana melanggar prosedur dan arahan diberikan, jika dakwaan itu didapati benar.

Merujuk kepada tuduhan penularan gambar serbuan di media sosial, beliau berkata, tiada pegawai dan anggota dibenarkan membawa telefon bimbit kecuali komander dan timbalan komander yang ditugaskan.

“Gambar dan video di lokasi hanya dirakam jurugambar rasmi polis dan jika ada bukti tentang penularan itu, sila kemukakan bagi memudahkan kami mengesan punca penyebaran gambar tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pada 16 dan 17 Mei 2018, pihaknya melakukan serbuan di enam premis bagi membantu siasatan berkaitan kes 1MDB.

“Enam pegawai polis kanan dilantik sebagai komander untuk menyelia keseluruhan operasi dan mereka diberi tanggungjawab memastikan anggota di bawah seliaan bertindak secara profesional dan menghormati penghuni kediaman iaitu bekas perdana menteri dan keluarganya," katanya.

Terdahulu, dua portal berita melaporkan, peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal mendakwa ada anggota polis yang mengambil coklat daripada peti sejuk selain meminta makanan disediakan ketika pemeriksaan dijalankan.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor melalui firma guaman Valen, Oh And Partners turut mendakwa ada butiran yang tersebar di media sosial ketika operasi itu. - Sinar Harian

Artikel The Viral News Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top