• Semasa

    Putera Mahkota Saudi, Mohammed Salman cedera ditembak?





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Putera Mahkota Saudi, Mohammed Salman cedera ditembak?. RIYADH: Aktivis Arab Saudi mendedahkan misteri 'kehilangan' Putera Mahkota, Mohammed Salman yang telah mencetuskan pelbagai spekulasi selepas beliau tidak dilihat di khalayak ramai sejak beberapa minggu lalu termasuk ketika kunjungan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo.


    Putera Mahkota Saudi, Mohammed Salman cedera ditembak?


    Setiausaha Agung Parti Kebangkitan Islam, Mohammed al-Mas'ari memetik sumber boleh dipercayai memberitahu Mohammed cedera ditembak dalam kejadian serangan menggemparkan di luar istana di Riyadh, akhir bulan lalu.

    Jelasnya, berita itu didedahkan sumber dalam keluarga diraja sebelum ia tersebar secara meluas di media sosial seperti Twitter.

    "Putera Mahkota merancang untuk tampil dalam sidang media bagi menafikan laporan berlaku rampasan kuasa," ujarnya.

    Beberapa wartawan melaporkan insiden berbalas tembakan itu berlaku di luar pekarangan istana pada 21 April lalu dan Mohammed turut dipindahkan ke kubu pertahanan  bawah tanah di pangkalan tentera berhampiran.

    Sebelum ini, media tempatan mendakwa bunyi tembakan itu kononnya kerana pihak istana menembak jatuh dron mainan yang terbang berhampiran kawasan kediaman keluarga diraja tersebut. - Press TV

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad