• Semasa

    Saman RM4.6 bilion buat Ramos..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Saman RM4.6 bilion buat Ramos.. PEGUAM Mesir memfailkan tuntutan saman sebanyak £873j (RM4.6 bilion) terhadap Sergio Ramos kerana kekasaran yang menyebabkan kecederaan Mohamed Salah pada final Liga Juara-Juara (UCL).


    Saman RM4.6 bilion buat Ramos..


    Salah terpaksa meninggalkan padang dengan linangan air mata akibat kecederaan ligamen bahu yang mengakhiri dominasi awal Liverpool di Kiev sebelum Real Madrid menang perlawanan dengan keputusan 3-1.

    Kebimbangan awal Salah terlepas beraksi Piala Dunia diberitahu bos Liverpool, Jurgen Klopp mengatakan pemain itu tidak dapat beraksi di Russia akibat kecederaan dialami.

    Bagaimanapun, Salah yakin dia mampu ke sana.

    Peguam, Bassem Wahba membuktikan kesungguhannya mengemukakan saman apabila mengesahkannya di televisyen Mesir.

    "Ramos berniat mencederakan Mo Salah dan tindakannya itu sepatutnya dikenakan hukuman," dakwanya kepada saluran Sada El-Balad.

    "Saya sudah menfailkan tuntutan saman dan aduan kepada Fifa.

    "Saya menuntut pampasan melebihi £873j (RM4.6 bilion) kerana tindakan fizikal dan psikologi dilakukan Ramos terhadap Salah dan rakyat Mesir." - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad