Siti puji program Mufti Wilayah Persekutuan

Siti puji program Mufti Wilayah Persekutuan. PENYANYI terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji langkah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kerana menganjurkan program A Night With Mufti berlangsung di Lambang Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, Sabtu lalu.


Siti puji program Mufti Wilayah Persekutuan


Program dengan kerjasama Istana Budaya itu dibuat khusus membabitkan penggiat seni bagi mendekatkan mereka dengan aktviti keagamaan.

“€œAlhamdulillah...ini kali pertama saya hadir ke majlis ilmu sebegini dan saya percaya ramai rakan-artis lain turut menganjurkan aktiviti begini sebelumnya.

“€œSaya ucapkan syabas buat rakan-rakan artis yang membantu rakan-rakan lain mendekatkan diri dengan program agama.

“Saya mengalu-alukan apa dilakukan oleh Datuk Dr Zulkifli yang ternyata banyak manfaatnya dan apa yang beliau lakukan sangat dihargai oleh kami golongan artis. Inilah ruang masa untuk kami mendekatkan diri dengan agama,” katanya kepada Harian Metro.

Program julung kali diadakan dihadiri hampir 100 warga seni daripada pelbagai lapangan antaranya pelakon Norman Hakim, Fizo Omar, Johan As’ari, Ashraf Muslim, Yatt Hamzah, Anita Baharom dan ramai lagi.

Manakala kalangan penyanyi hadir pula ialah Datuk A Rahman Hassan, Damien Mikhail VE, Azan Addin Ve dan ramai lagi.

Siti, 39, ditemani suaminya Datuk Seri Khalid bin Mohamad Jiwa dan pengurusnya Rozi Razak mengakui tidak banyak aktiviti seni dilakukan sepanjang Ramadhan dan amat menyokong penganjuran majlis ilmu sebegini.

“Saya rasa terharu kerana ada golongan alim ulama seperti Mufti sendiri yang nak mendekatkan diri dengan golongan selebriti.

“Mungkin masyarakat ingat kami hanya menghiburkan orang atas pentas tetapi kami juga, lebih-lebih lagi sebagai umat Islam mempunyai banyak kemusykilan yang perlu dirujuk kepada mufti.

“Kalau diikutkan inilah cara sebenar berdakwah. Ia salah satu cara sangat berkesan kerana artis mempunyai pengikut dan mereka diajak ke majlis begini yang secara tidak langsung peminat juga akan tergerak hati untuk sama-sama hadir ke majlis keagamaan,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli melihat program yang dianjurkan itu sesuatu yang baik kerana bertujuan menunjukkan kemesraan pihak Mufti bersama warga penggiat seni.

“Ia bagi membina satu hubungan yang mana Mufti tidak lagi dilihat mempunyai jurang atau tembok pemisah dengan golongan artis.

“Kami boleh mendengar apa-apa sahaja kemusykilan dan permasalahan agama dihadapi oleh artis untuk dikongsikan bersama.

“Kami menuju satu matlamat membina kehidupan kita mengikut landasan lebih baik dan Islamik,” katanya.

Menurutnya selebriti boleh membantu dalam aspek dakwah kerana mempunyai peminat serta pengaruh yang besar di kalangan masyarakat. - myMetro

Artikel The Viral News Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top