• Semasa

    Tragis nya mu pergi Wama .. terkulai berlumur darah digilis bas di hari ke 7 Ramadhan (8 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Tragis nya mu pergi Wama .. terkulai berlumur darah digilis bas di hari ke 7 Ramadhan (8 Gambar). Nilai : Hari ini adalah hari ke7 umat islam berpuasa di bulan Ramadhan dan hari ini jugalah ajal telah menjemput seorang hamba Allah seorang gadis yang sangat baik disaat nya dan umat islam lain sedang berpuasa.



    Tragis nya mu pergi Wama .. terkulai berlumur darah digilis bas di hari ke 7 Ramadhan (8 Gambar)

    Wamasaria Layai, 22, lebih mesra dengan panggilan Wama di kalangan rakan-rakan  merupakan Penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) maut digilis bas, manakala rakannya cedera dalam kemalangan di Jalan USIM berhampiran Dewan Tunku Canselor di Bandar Baru Nilai, hari ini.

    Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, Wama yang membonceng motosikal berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala penunggang, Nurul Fariza Natasha Sapuan, 22, cedera ringan.

    Paling memilukan dia maut digilis Bas milik USIM tempat dirinya menuntut ilmu, Wama berasal dari sandakan sabah dan kini menuntut di Tahun 3 Falkuti Sains dan Teknologi.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal mereka bergesel dengan bas menyebabkan kedua-duanya terjatuh.

    “Pembonceng terperosok di bawah bas menyebabkannya digilis tayar kenderaan itu. Bagaimanapun, rakannya hanya mengalami luka pada badan.

    “Mangsa yang maut dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dan bedah siasat dijangka akan dilakukan jam 10.30 pagi esok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Apa yang berlaku amat sedih mengudang pilu insan-insan yang mengenali Wima tidak disangka hasrat nya membonceng motosikal rakan berakhir tragedi dan meragut nya nya terjatuh digilis Bas, semoga keluarga arwah Wima tabah. Al fatihah.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad