• Semasa

    900 akaun dibeku, pasukan khas keluar kenyataan hari ini





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    900 akaun dibeku, pasukan khas keluar kenyataan hari ini. Berhad (1MDB) akan mengeluarkan kenyataan hari ini berhubung pembekuan 900 akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal syarikat pelaburan strategik negara itu.


    900 akaun dibeku, pasukan khas keluar kenyataan hari ini


    Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, ketika dihubungi, pagi ini memaklumkan tindakan pembekuan akaun terbabit bukan dilakukan badan itu, sebaliknya pasukan khas berkenaan.

    Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut perkara itu.

    "Kita akan keluarkan kenyataan hari ini... Insya-Allah, bukan daripada SPRM, pasukan khas (yang akan keluarkan kenyataan)," katanya yang juga seorang daripada ahli jawatankuasa pasukan berkenaan.

    Jawatankuasa itu diketuai bersama bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

    Pada 21 Mei lalu, Pasukan Khas Siasatan 1MDB ditubuhkan bagi membuat siasatan, pengesanan dan rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan kesalahan jenayah dalam pengurusan syarikat berkenaan.

    NSTP hari ini melaporkan 900 akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan 1MDB dibekukan termasuk milik UMNO. - BHonline

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad