Dua pemandu maut nahas. KUANTAN - Dua pemandu maut selepas kenderaan dipandu mereka terbabit kemalangan di Jalan Pekan-Nenasi, Pekan, pagi tadi.
Pemandu kereta, Mohamad Jamal Upirdaus Mohd Hanafiah, 23 dan pemandu van, Abdul Rahman Majid,54 tersepit dalam kenderaan masing-masing dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 7.02 pagi.
Menurutnya, 10 anggota termasuk dua anggota Pasukan Bomba Bantuan bersama jentera ke lokasi dan tiba kira-kira 20 minit sebelum menggerakkan operasi mengeluarkan mangsa tersepit.
"Mangsa disahkan meninggal dunia dan usaha mengeluarkan mayat tersepit mengambil masa hampir sejam.
"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan jam 8.20 pagi," katanya.
Dua pemandu maut nahas

No comments