• Semasa

    Pesanan akhir pengetua sebelum ajal





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pesanan akhir pengetua sebelum ajal. PENGETUA Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Proton City, Mohammad Abdul Aziz Mohd Salleh, 56, maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan lori di Jalan Persekutuan Slim River-Sungkai arah selatan berdekatan Pusat Latihan Statistik, Sungkai, 3.17 petang hari ini.


    Pesanan akhir pengetua sebelum ajal


    Ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Besout.

    Kereta Honda dipandunya dipercayai terbabas sebelum bertembung dengan lori membawa muatan batu kerikil menyebabkan mangsa tersepit dan maut di tempat kejadian.

    Difahamkan, mangsa yang juga pengetua pertama sekolah menengah itu yang baru dibuka pada sesi persekolahan pada 5 Februari lalu, sempat mengimamkan solat Zuhur bersama pelajar sekolah itu.

    Selepas menunaikan solat, mangsa meluangkan masa memberi tazkirah kepada pelajar dan berpesan kepada pelajar supaya sentiasa membaca al-Quran kerana itu sebagai bekalan apabila mereka meninggal dunia.

    Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 3.17 petang.

    Beliau berkata, anggota menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya.

    Katanya, mangsa disahkan maut oleh pegawai perubatan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada 5.15 petang.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad