• Semasa

    Maradona nak bimbing Argentina pula





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Maradona nak bimbing Argentina pula. SOCHI, Russia: Legenda Argentina, Diego Maradona menawarkan diri untuk membimbing pasukan negaranya itu dengan percuma, hanya lapan tahun selepas tempoh kendaliannya di Piala Dunia menemui kegagalan.


    Maradona nak bimbing Argentina pula


    Maradona yang hadir menonton kekalahan 4-3 kepada Perancis yang membawa penyingkiran Argentina di pusingan 16 terakhir, Sabtu lalu, ditanya sama ada beliau berminat untuk diberi peluang sekali lagi walaupun kontrak jurulatih sedia ada Jorge Sampaoli berakhir pada 2022.

    "Ya, dan saya akan melakukannya dengan percuma," kata Maradona kepada stesen televisyen Venezuela.

    "Saya tidak mahu membuat sebarang tuntutan sebagai ganti."

    Bekas penyerang Boca Juniors dan Napoli pernah membimbing Argentina pada Piala Dunia 2010, yang mana pasukannya tumpas 4-0 kepada Jerman di suku akhir.

    Sejak daripada itu, bekas tonggak yang mengemudi kejayaan Argentina menjuarai Piala Dunia 1986 itu hanya melatih dua pasukan kelab di Emeriyah Arab Bersatu (UAE).

    Namun, Maradona terus kekal sebagai wajah kontroversi bola sepak, dan di Russia beliau beberapa kali menjadi tajuk utama akhbar gara-gara tindakan luar biasa ketika menyokong Argentina.

    Antara paling mencuri tumpuan - meraikan kemenangan ke atas Nigeria dengan gaya yang ikonik, mengangkat jari hantu kepada penyokong dan diberi bantuan kesihatan oleh doktor selepas mengalami tekanan darah yang rendah. - REUTERS

    Maradona nak bimbing Argentina pula

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad