• Semasa

    Misteri bau busuk akhirnya terungkai





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Misteri bau busuk akhirnya terungkai. Tumpat: Misteri bau busuk sejak seminggu lalu terungkai dengan penemuan mayat lelaki dalam semak di Kampung Telaga Bata, di sini, semalam.


    Misteri bau busuk akhirnya terungkai


    Mayat yang hampir tinggal rangka namun masih berpakaian lengkap itu ditemui penduduk jam 9 pagi.

    Mangsa dipercayai pemanjat pokok kelapa berdasarkan tali yang terlilit di pinggang serta parang ditemui berhampiran lokasi kejadian.

    Penghulu Mukim Kampung Telaga Bata Abdullah Yunus, 48 berkata, dia menerima panggilan telefon daripada penduduk berhubung penemuan mayat itu.

    Katanya, sebaik menerima panggilan mengenai penemuan mayat itu, dia bergegas ke lokasi sebelum menghubungi pihak berkuasa.

    “Mayat lelaki dipercayai penduduk tempatan itu ditemui dalam keadaan terlentang dan berulat.

    “Sejak minggu lalu penduduk terhidu bau busuk di kawasan sekitar namun tidak menemui apa-apa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan Ab Rashid Mat Daud, mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mayat itu.

    “Mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat,” katanya.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad