• Semasa

    Sebab Zam mahu sekolah tahfiz ditutup





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Sebab Zam mahu sekolah tahfiz ditutup. SHAH ALAM - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempertahankan cadangannya yang menuntut semua sekolah tahfiz di negara ini ditutup.


    Sebab Zam mahu sekolah tahfiz ditutup


    Beliau mendakwa penyelewengan berlaku di sekolah-sekolah tahfiz susulan beberapa kes yang disebutkan.

    Malah katanya, kejayaan sekolah tahfiz melahirkan huffaz profesional adalah terpencil sebaliknya ramai pelajar yang menjadi korban dan membuang masa di sekolah-sekolah tahfiz persendirian.

    “Saya ingin menarik perhatian Dr Mujahid (Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa) sebab yang mendorong saya supaya ditutup dulu semua sekolah tahfiz persendirian di negara ini  kerana menjadi perdagangan ustaz-ustaz,” katanya melalui tulisan terkini di blognya, sebentar tadi.

    Hari ini, Mujahid menolak cadangan Zainuddin atau dikenali sebagai Zam sebaliknya menekankan pihaknya akan mengawal selia operasi sekolah-sekolah tahfiz di negara ini.

    Semalam, Zainuddin menarik perhatian ramai pihak apabila sekali algi menyuarakan agar semua sekolah tahfiz di negara ini ditutup.

    Dalam pada itu, Zainuddin menyenaraikan contoh-contoh kes yang menjurus kepada penyelewengan dalam pentadbiran sekolah-sekolah tahfiz.

    Ini termasuk kes penukaran hak milik tanah wakaf oleh seorang ustaz di Pulau Pinang, penggunaan pelajar tahfiz untuk menjual buku agama serta mengutip derma dan pelbagai tragedi seperti kebakaran, penderaan serta tekanan.

    Dalam tulisan sama, Zainuddin meletakkan harapan kepada Mujahid dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang dilihat mampu menjadi contoh pembinaan masyarakat Islam yang berkualiti serta terhormat di negara ini. - Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad