• Semasa

    Skuad B-19 ke final Kejohanan AFF





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Skuad B-19 ke final Kejohanan AFF. KUALA LUMPUR: Skuad bawah 19 tahun negara (B-19) kendalian Bojan Hodak di landasan terbaik untuk memburu kejuaraan pertama Kejohanan AFF 2018 apabila mara ke final selepas menyingkirkan pasukan tuan rumah Indonesia menerusi sepakan penalti 3-2 selepas terikat 1-1 pada aksi sebenar tadi.


    Skuad B-19 ke final Kejohanan AFF


    Ini kali keenam skuad muda negara layak ke final Sabtu ini selepas hanya bergelar naib juara pada 2003, 2005, 2006, 2007 dan 2017.

    Ternyata ini peluang terbaik buat anak buah pengendali dari Croatia itu melakar sejarah baru apatah lagi lawan yang bakal ditemui pada final nanti, Myanmar sudah mereka tewaskan 1-0 pada peringkat Kumpulan B.

    Myanmar mengiringi Malaysia ke pentas akhir apabila mengejutkan juara bertahan, Thailand 1-0 menerusi jaringan Win Naing Tun pada minit ke-86 dalam satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Gelora Delta Sidoarjo.

    Dalam pertemuan dengan Indonesia di stadium sama, Malaysia yang muncul juara kumpulan tersentak dengan gol awal skuad Garuda Muda pada minit kedua menerusi sepakan penalti Egy Maulana Vikri.

    Bagaimanapun anak buah Hodak bangkit menyerap tekanan di depan 26,322 penyokong tuan rumah untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-15 hasil percubaan Muhammad Syaiful.

    Permainan terus rancak selepas itu namun kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan sehingga permainan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti. - BHonline

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad