• Semasa

    Isteri maut, suami parah dalam nahas





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SEORANG wanita maut manakala suaminya parah selepas van dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori pasir di Kilometer 23 Jalan Klang-Banting-Port Dickson di Kuala Langat, hari ini.



    Dalam kejadian jam 8.30 pagi, mangsa Zurina Aini Ayob, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

    Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, mangsa bersama suaminya, Amiruddin Awang, 48, dalam perjalanan dari arah Klang menuju ke Banting.

    “Setibanya di lokasi kejadian, van dinaiki pasangan itu dikatakan melanggar belakang lori pasir yang berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah.

    “Akibat pelanggaran itu, mangsa yang duduk di bahagian belakang van tercampak ke depan dan maut di tempat kejadian manakala suaminya tersepit di tempat duduk pemandu.

    “Suami mangsa mengalami retak tangan kiri dan cedera di kepala serta dada dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut,” katanya.

    Menurutnya, pemandu lori tidak cedera, namun didapati mempunyai tiga saman membabitkan halangan lalu lintas.

    Katanya, mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad