"Usir Satan Zakir Naik Keluar Dari Malaysia!" - Ramasamy
"Usir Satan Zakir Naik Keluar Dari Malaysia!" - Ramasamy
KUALA LUMPUR - Tindakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Profesor Dr Ramasamy menggelar Dr Zakir Naik sebagai 'Satan' mencetuskan reaksi kurang senang netizen yang merasakan tindakannya itu biadab dan kurang ajar.

Dalam kenyataan yang dimuat naik 19 jam lalu di laman Facebook itu, Ramasamy meminta Dr Zakir Naik diusir keluar dari Malaysia.
"Mari kita usir Zakir Naik keluar dari negara ini. Pendakwah Zakir Naik berada di negara ini kerana dijemput oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
"Dia merupakan pendakwah muslim yang tidak punyai apa-apa kecuali menerapkan kebencian dan penghinaan terhadap orang bukan muslim.
"Beliau telah diharamkan di Kanada dan United Kingdom kerana menyampaikan kuliah hasutan. Sehingga sesetengah umat Islam di India mendakwa beliau seornag pendusta dan menyemai kebencian di kalangan penganut agama," katanya.
Justeru Ramasamy menggesa orang ramai tanpa mengira yang beragama Islam atau bukan Islam membuat laporan polis di seluruh negara pada Zakir Naik dan anaknya.
Bagaimanapun, gelaran 'satan' telah dipadamkan dari status tersebut setelah dikritik oleh orang ramai. Namun, ada yang sempat menyimpan kenyataan asalnya itu sebagai bukti Ramasamy berbuat demikian.
Malangnya, Ramasamy terus menerus diasak oleh netizen agar berwaspada dan jangan berani menyentuh hal ehwal agama Islam.
No comments