• Semasa

    Polis Tahan Lelaki Beli Motosikal Johan Raja Lawak Yang Hilang Dicuri





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Polis Tahan Lelaki Beli Motosikal Johan Raja Lawak Yang Hilang Dicuri

    KUALA LUMPUR: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam telah menahan seorang lelaki dipercayai membeli motosikal milik pelakon dan pelawak, Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, atau lebih dikenali Johan Raja Lawak yang dilaporkan hilang dicuri Selasa lalu, lapor Sinar Harian.

    Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek yang berusia 30 tahun telah ditahan di hadapan sebuah restoran di Desa Melawati, Wangsa Maju kira-kira jam 3.15 pagi.

    Hasil semakan, pihak polis mendapati motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna hitam bersama suspek mempunyai rekod hilang di daerah Wangsa Maju.

    “Kita telah buat semakan dan dapati lelaki tersebut tidak mempunyai rekod lampau selain negatif dadah.

    “Lelaki ini direman selama tiga sehingga esok (hari ini) bagi membantu siasatan,” katanya.


    Pada Selasa lalu, Johan dilaporkan telah meletak motosikal yang telah dikunci berhampiran Padang Bola Sepak Akademi Kuala Lumpur

    Apabila hendak pulang kira-kira jam 11 malam, Johan mendapati motosikalnya itu tiada dan telah berusaha mencari di kawasan sekitar gagal, Johan membuat laporan di Balai Polis Hulu Kelang keesokan harinya.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - Siakapkeli.my

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad