(Video) "Kau Dah Tumbuk Muka Laki Aku! Kau Tunggu!" - 'Sound' Wanita Ini..
NorFarahain Minhat, memuat naik gambar dan video lelaki berkenaan yang masih enggan berundur biarpun sudah dihalang oleh seorang wanita yang dipercayai isterinya.
"Kami nak memotong, kemudian dia menghimpit kereta kami. Dia marah sebab kami memotong dia lalu dia mengekori kami dari Cheng sehingga ke Bachang sebelum dihimpit.
"Dia suruh kami keluar dari kereta. Sebaik saja suami saya keluar, lelaki itu terus menumbuknya.
"Salah ke kami memotong? Apa hak dia nak pukul orang? Samseng betul. Bila saya cakap saya rakam video kejadian itu, dia masih lagi mahu menerkam kami," kata Norfarahain.
Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis. - The Reporter
No comments