• Semasa

    "Ini Zombie Run Untuk Kutip Dana Program Kebajikan"





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]



    KUALA LUMPUR - Gambar sekumpulan lelaki mengenakan 'makeup' seperti joker atau badut, tersebar di laman sosial, cetus persoalan netizen akan tujuan mereka memuat naik gambar solat berjemaah yang dianggap seperti menghina agama Islam. 

    Gambar yang dimuat naik oleh Afyan Mat Rawi itu mendakwa, gambar itu dirakam di sebuah universiti tempatan. 

    "Difahamkan ia berlaku di sebuah universiti. Jika universiti lain saya tak terkejut sangat. Tapi, universiti ini ada masalah?," kata Afyan Mat Rawi

    Bagaimanapun, tampil seorang individu memberikan penjelasan mengenai penyebaran gambar tersebut. 

    "Zombie Run yang bertujuan untuk mengutip dana bagi program kebajikan adalah anjuran Persatuan Pelajar Sains Politik UIA (POSSA) dengan kerjasama Mercy Malaysia. Hasil yuran penyertaan, sebahagiannya akan digunakan untuk kerja-kerja kebajikan," jelas Halaqah Ilmu UIA

    Mengulas mengenai gambar beberapa individu solat dengan memakai kostum Zombie, ini jawapan yang diberi.

    "Siapakah yang muat naik gambar tersebut? Adakah pihak lain atau komiti sendiri? Siapa yang ada disitu ketika komiti mendirikan solat? Kami tidak mahu mempertikaikan sah atau tidak solat tersebut kerana ia memerlukan pendetilan tentang bahan apa yang digunakan pada kostum tersebut," katanya. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad