• Semasa

    Anak saya masih hidup masa di Hospital .. Pihak HTRA dakwa dia meninggal semasa ke Hospital (8 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Anak saya masih hidup masa di Hospital .. Pihak HTRA dakwa dia meninggal semasa ke Hospital (8 Gambar) - Klang : Permergian adik Laraniya sungguh mengundang pilu keluarga nya anak yang masih hidup semasa di hantar ke Hospital temui ajal selepas 15 minit di masukkan ke wad, namun pihak terbabit dakwa anak nya telah tiada semasa perjalanan ke Hospital, ini luahan sayu ibu kanak-kanak malang ini.

    Anak saya masih hidup masa di Hospital .. Pihak HTRA dakwa dia meninggal semasa ke Hospital (8 Gambar)

    Saya telah menghantar anak perempuan saya yang bernama Laraniya A/P Wilbert ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dari Klinik swasta Lucky Kapar kerana sangat lemah akibat demam. 


    Saya sendiri yang membawa masuk anak perempuan ke dalam bilik kecemasan (Zon Kritikal, HTRA Klang) dan saya diarahkan oleh doctor perempuan Cina berbaju hijau untuk menukar pampers anak saya. 

    Saya juga nampak doctor telah memasang alat pernafasan hidung dan saya nampak perut anak saya masih ada pergerakan. 

    Kemudian saya diminta oleh doctor untuk keluar dari bilik kecemasan dan menunggu di luar. Lebih kurang dalam masa (15) minit saya dipanggil oleh doctor India dan dia beritahu anak saya sudah meninggal dunia. 

    Semasa dalam perjalanan, Saya sangat terkejut kerana semasa saya bawa anak ke Hospital, Anak saya masih Hidup. 






    Adik perempuan saya yang bernama Krishnabanu juga telah merayu kepada doctor dan mengatakan bahawa anak saya masih hidup tetapi tidak diendahkan oleh doktor lalu masih beritahu bahawa anak saya sudah meninggal dunia sebelum sampai ke hopsital.

    Saya juga ada bukti dari hari pertama anak saya ke hospital. Saya membuat laporan ini untuk tindakan selanjutnya.

    Ahli Parlimen Kapar Yb Manivanan Gowin turun bersimpati dengan apa yang menimpa keluarga ini dan meminta pihak berwajib memperhalusi punca kematian adik Laraniya.

    Saya Menuntut Satu Siasatan Secara Menyeluruh dan Tanpa Unsur Berat Sebelah*

    Saya telah menziarahi rumah mendiang adik Laraniya sebentar tadi. Saya telah menerima persetujuan daripada ibu Laraniya untuk mengeluarkan kenyataan ini bagi pihak keluarga mendiang adik Laraniya.

    Mendiang adik Laraniya telah meninggal dunia pada 20 Mac 2017 (Isnin) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Punca mendiang dibawa ke hospital adalah kerana demam. Isu yang dibangkitkan oleh keluarga adalah ketika mendiang dibawa ke hospital dan diletakkan di atas katil, mendiang masih bernyawa. 

    Fakta ini bercanggah dengan keterangan yang terdapat dalam dokumen daftar kematian iaitu - di bawah tempat kematian - tertera perkataan 'di bawa mati ke HTAR.

    Hasil daripada kenyataan ibu Laraniya, saya mendapati wujud elemen - elemen yang perlu diperhalusi dan disiasat secara menyeluruh. Siasatan perlu dilakukan kerana bukti - bukti menunjukkan wujud situasi yang berbeza daripada yang tertera di atas dokumen daftar kematian. 

    Di samping itu, saya terkilan (sekali lagi) kerana - sebab kematian - di dalam dokumen daftar kematian mengwujudkan tanda persoalan. Walaupun post mortem telah dilakukan tetapi sebab kematian tidak dapat dipastikan. Hanya wujud perkataan 'pending laboratory investigation' dan hospital memaklumkan kepada keluarga mendiang bahawa mereka memerlukan 3 bulan untuk memaklumkan punca dan sebab kematian. Meletak perkataan – pending laboratory investigation – hanya menunjukkan sikap tidak professional dan membawa kepada kecurigaan terhadap kes ini.

    *Persoalan yang wujud ialah mengapa pihak hospital memulangkan mendiang kepada keluarga sekiranya punca kematian belum dikenal pasti? Adakah ini selaras dengan Standard Operating Procedure (SOP) yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan?*

    Saya juga mendapati daripada dokumen daftar kematian bahawa sebab kematian ini ditulis oleh orang lain dan bukannya Doktor yang mengeluarkan dokumen kematian. Sepatutnya, doktor yang mengeluarkan dokumen daftar kematian juga doktor yang wajar mengesahkan kematian. Namun begitu, tulisan di dalam dokumen tersebut membuktikan bahawa seorang doktor telah menyediakan dokumen tersebut tetapi orang lain yang menulis sebab kematian. 

    *Persoalan yang wujud ialah mengapa pihak hospital bersikap mempertahankan sesuatu (defensive) dan tidak mengamalkan sikap terbuka.*

    Disebabkan elemen - elemen yang mencurigakan, saya menuntut:

    *1. Pihak polis @ Kementerian Dalam Negeri menyiasat kes ini secara terbuka dan menyeluruh tanpa unsur berat sebelah.*

    *2. Pegawai bertugas, jururawat - jururawat dan doctor – doctor yang terlibat dalam kes ini wajib digantung kerja serta - merta untuk sementara untuk memberi ruang kepada pihak polis supaya dapat menyiasat kes ini tanpa sebarang tekanan.*

    *3. Kementerian Kesihatan wajib bersikap professional dengan memainkan peranan BERKECUALI - kerana Kementerian ini mempunyai kepentingan (interest) dalam kes ini. Disebabkan persoalan yang wujud menglibatkan dan berkaitan dengan kakitangan Kementerian Kesihatan maka, mereka wajib berkecuali dan membantu siasatan secara menyeluruh.*

    *4. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat wajib memainkan peranan dalam kes ini. Kementerian Wanita, sebagai kementerian yang menjaga kebajikan kanak - kanak wajib menubuhkan satu jawatankuasa bersama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat kes ini. Kementerian Wanita wajib mengambil alih segala kerja pemantauan dan penyeliaan siasatan kes ini daripada Kementerian Kesihatan.*

    Saya menyarankan agar kes ini wajib diberi keutamaan daripada semua pihak kerana kita telah kehilangan satu nyawa yang hanya berumur 5 tahun. Setiap kali kegagalan kita untuk memberi keutamaan kepada kes - kes sebegini hanya akan menyebabkan lebih ramai kanak - kanak terkorban tanpa keadilan dan kebenaran. 

    Saya mengambil kesempatan ini untuk melahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mendiang terutamanya Puan Premsri Puspha Nathen (ibu mendiang) & Encik Wilbert (ayah mendiang) dan saudara mara mereka. *My deepest condolences to the family of Baby Laraniya. May Baby Laraniya rest in peace.*

    Salam Reformasi.

    *Yb Manivanan Gowin*
    Ahli Parlimen Kapar
    Ahli MPP KeADILan

    Semoga ada pembelaan keatas kematian adik kecil ini dan dapat dirungkai sebab kematian nya.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad