• Semasa

    Punggung budak 7 tahun dirotan & ditekap dengan cawan, kaca & kuali panas





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Punggung budak 7 tahun dirotan & ditekap dengan cawan, kaca & kuali panas

    Punggung budak 7 tahun dirotan & ditekap dengan cawan, kaca & kuali panas - JOHOR BAHRU - Bukan sahaja dirotan, malah punggungnya seorang kanak-kanak berusia 7 tahun ditekap dengan cawan panas bagi menghilangkan kesan sebatan, lapor Berita Harian

    Dalam kejadian petang semalam yang berlaku di sebuah pusat tuisyen di Taman Ungku Tun Aminah itu, perbuatan guru itu yang mendera mangsa terbongkar apabila mangsa melarikan diri dengan memanjat pagar sebelum meminta bantuan jiran guru terbabit. 

    Kakak mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kemudian pergi ke lokasi kejadian sebelum dimaklumkan oleh suami guru terbabit yang adiknya dirotan, selain punggungnya turut ditekap dengan cawan plastik, kaca dan kuali yang direndam dengan air panas, bagi tujuan menghilangkan kesan rotan. 

    Punggung budak 7 tahun dirotan & ditekap dengan cawan, kaca & kuali panas


    Difahamkan, mangsa dihantar tinggal bersama guru tuisyennya sejak dua minggu lalu, kononnya dia terlalu nakal dan dihantar ke situ bagi membantunya dalam pelajaran. 

    Susulan kejadian itu, mangsa dibawa ke sebuah hospital swasta sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, sebelum membuat laporan polis jam 10 malam tadi. 

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib, mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan dijalankan mengikut Akta Kanak-Kanak. 

    "Setakat ini seorang kakitangan lelaki telah ditahan, manakala usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan suspek dan beberapa lagi guru di pusat tuisyen berkenaan." katanya. 

    Sehingga kini, punca sebenar mangsa ditinggalkan bersama guru tuisyen terbabit masih belum dikenal pasti. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad