• Semasa

    Remaja temui kotak berisi bayi lelaki





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Remaja temui kotak berisi bayi lelaki

    Remaja temui kotak berisi bayi lelaki - PETALING JAYA - Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam kotak di tangga Pangsapuri Flora Damansara, jam 4 petang semalam, lapor Harian Metro

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, bayi itu ditemui remaja perempuan berusia 17 tahun yang juga merupakan penghuni pangsapuri berkenaan. 

    Remaja temui kotak berisi bayi lelaki


    "Menurut keterangan saksi, ketika dalam perjalanan menaiki tangga untuk pulang ke rumahnya, dia terdengar bunyi tangisan bayi sebelum menemui bayi itu dalam kotak air mineral yang diletakkan di tangga antara tingkat lapan dan sembilan. 

    "Dia kemudiannya membawa bayi itu ke rumahnya dan menghubungi ibunya yang sedang bekerja. Ibu remaja itu menghubungi polis untuk tindakan lanjut," katanya. 

    Bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan. 

    Pegawai perubatan mengesahkan bayi itu berada dalam keadaan stabil dan dirujuk ke unit kecemasan hospital untuk rawatan. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad