• Semasa

    10 Tanda Anda Bukan Pemalas Tetapi Genius





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    10 Tanda Anda Bukan Pemalas Tetapi Genius - Pernah tak anda menghabiskan berjam-jam di atas katil merenung siling, atau ada hobi bercakap dengan diri sendiri dan melakukan perkara yang anda mungkin akan kesali kerana mengabaikannya selepas itu? Atau adakah anda pernah menghabiskan selama berhari-hari menonton siri televisyen kegemaran anda berulangkali?

    10 Tanda Anda Bukan Pemalas Tetapi Genius


    Jika anda pernah menghabiskan seharian tanpa melakukan sesuatu. Ya! Anda secara rasminya seorang yang pemalas, mengikut tafsiran ibu bapa anda dan dunia.

    Tetapi, rupanya kekurangan anda untuk memotivasikan diri dan tingkah laku lembap menjadikan anda seorang yang sangat pintar atau kreatif. Jadi, anda mungkin tidak menjadi seorang pemalas sama sekali tetapi genius.

    Sering Bertanya walaupun kadangkala pertanyaaan itu tidak penting

    Orang yang suka bertanya ini sebenarnya sedang melatih otak untuk lebih tajam daripada orang yang malas menjawab soalan dan mereka ini juga mempunyai sikap ingin tahu yang akan membantu untuk lebih berjaya

    Bercakap dengan diri sendiri

    Pakar mencadangkan bahawa berbuat demikian membantu anda menumpukan perhatian, menetapkan fikiran anda yang kemudiannya membawa kepada kejayaan yang diingini.

    Tak ramai kawan

    Orang kurang berinteraksi kurang tekanan dan kebimbangan kerana lebih banyak masa menumpukan kepada kesejahteraan diri dan matlamat.

    Berpura-pura tak buat apa-apa

    Walaupun kelihatan anda seperti tidak melakukan apa-apa, sebenarnya anda tidak bekerja kerana, sebagai genius, anda mempunyai terlalu banyak idea dalam fikiran anda.

    Mengambil masa

    Untuk sesetengah orang, bekerja melakukan satu pekerjaan sahaja pada satu masa dan bukannya multitasking mungkin kelihatan malas. Hakikatnya, orang malas mengambil masa membuat pekerjaan yang dilakukan agar betul sudah tentunya.

    Sambil lewa

    Sebagai seorang yang pemalas, anda boleh mengendalikan kehidupan seharian walaupun seteruk mana, dan melakukannya dengan tenang menyelesaikannya dalam jangka masa panjang. Sebagai contoh, berbaring lapar kerana anda terlalu malas untuk makan sesuatu merupakan kemahiran yang hebat.

    Memberi tugasan kepada orang lain

    Anda tidak malas, anda adalah seorang pemimpin yang tahu bagaimana untuk memberi tugas berpasukan agar tugas selesai lebih cepat.

    Cekap

    Anda terlalu malas untuk melakukan sesuatu yang tidak perlu dilakukan dan tidak masuk akal. Sebagai seorang genius, anda mencari jalan pintas untuk melakukan sesuatu perkara yang akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

    Tidur sebentar

    Otak kita adalah organ yang akan letih dan perlu sedikit rehat agar dan berfungsi pada potensi terbaik. Jadilah bijak dan tidur petang: ini membuatkan anda sentiasa segar dan bijak!

    Pada zaman teknologi kini yang maju, kelihatan seolah-olah semua orang sentiasa sibuk dan produktif. 

    Bukan sahaja ada beberapa teknologi baru yang memudahkan pekerjaan, terdapat juga laman media sosial untuk menunjukkan semua apa yang anda telah lalukan dan berkongsi maklumat.

    Tetapi, jika anda tidak mahir tentang teknologi,dan alat gajet terkini, yakinlah bahawa anda tetap seorang yang produktif dan cemerlang. Anda masih boleh bermalasan dan menjadi genius.

    Sumber: Providr

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad