• Semasa

    Pemilik Rumah Di Tengah-tengah Lebuh Raya Ini Akhirnya Setuju Berpindah Selepas Dibayar RM1.46 Juta..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pemilik Rumah Di Tengah-tengah Lebuh Raya Ini Akhirnya Setuju Berpindah Selepas Dibayar RM1.46 Juta..

    Pemilik Rumah Di Tengah-tengah Lebuh Raya Ini Akhirnya Setuju Berpindah Selepas Dibayar RM1.46 Juta.. - Selama 14 tahun rumah yang dikenali sebagai 'rumah paku' milik Xu, seorang lelaki yang berusia 87 tahun berdiri kukuh di tengah Lebuh Raya Hu Ting Be. 

    Keadaan itu menyebabkan jalan berkenaan terpaksa dikecilkan kepada dua laluan dan melingkari rumah berkenaan yang sering menyebabkan kesesakan.

    Pemilik Rumah Di Tengah-tengah Lebuh Raya Ini Akhirnya Setuju Berpindah Selepas Dibayar RM1.46 Juta..


    Memetik laporan Shanghaiist, kerajaan tempatan pernah menyerahkan notis untuk merobohkan rumah berkenaan pada 2003 bagi tujuan pembinaan lebuh raya yang baru.

    Biarpun semua kediaman di sekitar rumah Xu telah bersetuju dirobohkan untuk membina lebuh raya empat laluan, Xu dan keluarganya enggan berpindah dari rumah tiga tingkatnya kerana tidak berpuas hati dengan pampasan yang ditawarkan. 

    Namun demikian, hasil rundingan yang dijalankan selama 13 tahun, akhirnya Xu dan keluarga bersetuju pindah pada 15 September lalu, selepas pemaju berjanji memberi empat rumah flat baru dan wang tunai 2.3 juta yuan (RM1.46 juta) pada bulan lalu.

    Seorang ahli keluarga Xu, Zhang Xinguo berkata, tinggal di rumah yang terletak di tengah lebuh raya bukan mudah dan kini mereka tidak sabar untuk berpindah.

    “Saya melihat kemalangan jalan raya sebanyak tiga kali dan ada sebuah teksi yang melanggar dinding rumah ini,”katanya.

    Sumber: CARI

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad