(11 Foto) Masjid Ini Kelihatan Seperti Binaan Dari Planet Lain!
(Foto: Peter Gould)
(11 Foto) Masjid Ini Kelihatan Seperti Binaan Dari Planet Lain! - Masjid ini kelihatan seperti dari planet lain tetapi sebenarnya ia terletak di Bandar Pendidikan Qatar.
Dari luar ia kelihatan seolah-olah ia adalah kapal angkasa yang baru sahaja mendarat.
Anda boleh lihat ada dua menara yang naik tinggi ke udara, ia sebenarnya menghala ke Makkah - arah solat untuk umat Islam di seluruh dunia.
(Foto: Yayasan Qatar)
(Foto: Yayasan Qatar)
Halaman di tengah-tengah Masjid dihiasi dengan seni khat dan corak geometri.
(Foto: Fakulti Pengajian Islam Qatar)
Masjid ini mempunyai lima tiang yang mewakili Rukun Islam.
(Foto: Chantelle D'mello)
Di dalamnya, ada kemudahan solat untuk lelaki di bawah dan ruang untuk wanita di galeri di atas - Masjid mempunyai kapasiti untuk 1,800 orang. Ayat-ayat Al-Quran boleh dilihat di tengah siling yang membawa kepada Mihrab - ceruk yang terdapat dalam reka bentuk Masjid tradisional yang menunjukkan arah kiblat.
(Foto: Marhaba Qatar)
Ciri unik adalah pencahayaan yang dipancarkan dari lubang segitiga dengan saiz yang berbeza. Bagi para umat Islam yang solat di dalam, ia seolah-olah mereka bersolat di bawah bintang-bintang!
(Foto: Chantelle D'mello)
(Foto: Chantelle D'mello)
(Foto: Chantelle D'mello)
Mihrab mempunyai tekstur emas dan ayat Al-Quran yang diterjemahkan sebagai:
"Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haram (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkan muka kamu ke arahnya.. "2: 144
(Foto: Chantelle D'mello)
No comments