• Semasa

    Kepala parah langgar lori berhenti .. Maut terlentang kaku berlumur darah (10 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Kepala parah langgar lori berhenti .. Maut terlentang kaku berlumur darah (10 Gambar) - Damansara : Rutian harian Perunding jualan ini seperti biasa berjumpa pelanggan nya pagi tadi Mohd Fauzi Ibrahim, 39, berada di Aeon Au2.
    Dia sempat memuat naik lokasi terakhir nya berjumpa pelanggan nya  sebelum maut diperjalanan pulang apabila terlibat kemalangan.
    Fauzi maut selepas motosikal terlanggar lori yang berhenti di bahu jalan di Kilometer 15.1 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), dekat Damansara, petang tadi.
    Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa Mohd Fauzi Ibrahim, 39, disahkan maut di lokasi kejadian akibat parah dikepala.
    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan dari arah Damansara menghala Subang, berhenti di lorong kecemasan.
    “Pemandunya lelaki berusia 62 tahun, berhenti kerana mahu menolong sebuah kenderaan rosak.
    “Bagaimanapun, mangsa yang datang dari sama, tidak sempat mengelak lori dan terus melanggar bahagian belakang kenderaan berat itu,” katanya.
    Beliau berkata, hentaman kuat menyebabkan mangsa parah di beberapa bahagian badan selain motosikal juga remuk.
    “Pasukan perubatan mengesahkan mangsa maut di lokasi sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
    “Siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1988,” katanya, arwah meninggalkan seorang isteri dan seorang anak kecil semoga rohnya dicucuri rahmat pergi nya ketika mencari rezeki dihari jumaat yang mulia. Al fatihah.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad