Anwar menghadap Sultan Johor. JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan menerima menghadap Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, di sini, malam tadi.
Turut serta pada pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Pertemuan tertutup selama beberapa jam yang diadakan di Istana Pasir Pelangi, di sini itu dimaklumkan menerusi laman Facebook Rasmi Sultan Ibrahim.
Anwar turut ditemani anaknya yang juga Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah.
Terdahulu, kenderaan yang membawa Anwar tiba di pekarangan Istana kira-kira jam 10.50 malam.
Anwar menghadap Sultan Johor

No comments