• Semasa

    Hanya 3 menteri berani bersuara - Mohd Shukri





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Hanya 3 menteri berani bersuara - Mohd Shukri. PUTRAJAYA: Datuk Mohd Shukri Abdull mendedahkan beliau bersama Tan Sri Abu Kassim Mohamed bertemu dengan menteri Kabinet dan Majlis Raja-raja bagi mendesak supaya Datuk Seri Najib Razak digantikan sebagai Perdana Menteri selepas terdapat bukti berlaku penyelewengan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Hanya 3 menteri berani bersuara - Mohd Shukri

    Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru dilantik ke jawatan itu Khamis lalu berkata, inisiatif mengadakan pertemuan itu digerakkan Abu Kassim yang ketika menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM.

    "Kami berpecah untuk bertemu dengan semua menteri merayu dan meminta supaya buang dan gantilah Najib dengan orang lain, dengan (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) ke, (Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) ke, sebab jumlahnya terlalu besar RM2.6 bilion.

    "Daripada semua menteri yang kami temui, hanya tiga sahaja berani bersuara iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Yang lain semua takut.

    "Sekarang apabila sudah tidak jadi menteri, ada yang telefon saya dan kata 'kalau saya dengar cakap kamu dulu pasti tidak akan jadi macam ini' (Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14)," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.

    Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Jaafar Mahad.

    Mohd Shukri berkata, selepas usaha meyakinkan menteri tidak berjaya, beliau dan Abu Kassim mengambil inisiatif berjumpa dengan Majlis Raja-raja.

    "Kami jumpa Majlis Raja-raja dua kali dan mohon kepada Tuanku supaya tengok masalah 1MDB ini dan gantikan Najib sebagai Perdana Menteri tetapi kami hampa," katanya.

    Beliau turut mendedahkan ditemui sebanyak dua kali oleh seorang Ahli Parlimen dari utara Semenanjung yang bertanya apakah beliau mahu sesuatu apabila menyiasat penyelewengan 1MDB dan mahu Najib disingkirkan.

    "Saya tegaskan supaya jangan ganggu siasatan saya. Biar kami tamatkan siasatan dan serahkan kepada Peguam Negara untuk putuskan.

    "Kali kedua Ahli Parlimen ini datang dan tanya, saya kata kepadanya kalau Datuk tanya lagi saya akan tangkap mengikut Akta SPRM," katanya. -  BHonline

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad