• Semasa

    Armin diperintah tidak dekati Ziana





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Armin diperintah tidak dekati Ziana. MAHKAMAH Majistret Shah Alam, hari ini mengekalkan syarat melarang suami penyanyi popular, Ziana Zain, menemui anak yang didakwa dicederakannya, tiga bulan lalu.


    Armin diperintah tidak dekati Ziana


    Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin memutuskan demikian kerana ia sudah tertakluk dengan syarat jaminan yang dibenarkan mahkamah sebelum ini.

    Selain itu, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, diperintah supaya tidak mendekati pengadu iaitu Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50, sepanjang perbicaraan kes itu.

    Raja Noor Adilla bagaimanapun tidak membuat keputusan mengenai kebenaran menemui tiga anak tertuduh yang lain kerana perkara itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

    Terdahulu, Armin yang diwakili peguam Mohd Rizal Bahari mengemukakan permohonan itu secara lisan dengan menyatakan hasrat mahu menemui anaknya.

    Turut hadir ketika prosiding itu, peguam pemerhati mewakili Ziana, Luqman Mazlan.

    Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi.

    Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Jun depan.

    Pada 15 Mei lalu, Armin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan atas pertuduhan pindaan sengaja menyebabkan luka dan lebam pada anak lelaki mereka pada Februari lalu.

    Mengikut pertuduhan pindaan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan luka dan lebam ke atas anak lelaki berusia sembilan tahun dengan menggunakan rotan di tangan.

    Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Denai Alam, Shah Alam, antara jam 8 malam hingga 10.30 malam, 24 Februari lalu.

    Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

    Armin dan Ziana yang bernikah pada Mei 1998, dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad