'Spiderman' selamatkan kanak-kanak tergantung di balkoni

'Spiderman' selamatkan kanak-kanak tergantung di balkoni. KUALA LUMPUR: Tindakan pantas seorang lelaki telah berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang tergantung dari tingkat lima sebuah bangunan pangsapuri di Paris.


'Spiderman' selamatkan kanak-kanak tergantung di balkoni


Mamoudou Gassama turut diberi gelaran ‘Spiderman’ kerana berani mempertaruhkan nyawa memanjat bangunan hanya dalam 40 saat untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

Berdasarkan laporan media tempatan, beberapa rakaman video kejadian pada petang Sabtu itu kini tular di media sosial dengan jumlah tontonan mencecah 5 juta.

Sementara itu, Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo dalam kenyataan di Twitter telah menghubungi dan memberi penghargaan kepada Mamoudou Gassama.

Difahamkan juga, Mamoudou Gassama tiba di Perancis dari Mali beberapa bulan lalu untuk memulakan kehidupan baru di Paris.

Hidalgo berkata tindakan Mamoudou Gassama perlu dicontohi dan beliau bersedia membantunya untuk menetap di Perancis. - astroawani

Artikel The Viral News Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top