Justo jumpa Tun Mahathir. KUALA LUMPUR - Warga negara Switzerland yang juga bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.
"Satu penghormatan dan pengalaman luar biasa!," tulisnya sebagai keterangan pada gambar berkenaan.
Namun sehingga kini, tiada maklumat lanjut berhubung pertemuan itu.
Justo merupakan figura penting dalam kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sebelum ini dia pernah dilaporkan berkongsi maklumat mengenai badan pelaburan berkenaan dengan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Beliau juga pernah ditahan pihak berkuasa Thailand sekitar 2015 berhubung kebocoran maklumat dan data membabitkan PetroSaudi.
Justo jumpa Tun Mahathir
Menerusi Facebooknya, Justo memaparkan sekeping gambarnya bersama Tun Mahathir, kira-kira jam 7 malam tadi."Satu penghormatan dan pengalaman luar biasa!," tulisnya sebagai keterangan pada gambar berkenaan.

No comments