• Semasa

    TERKINI! Anggota Polis Dilihat Membawa Keluar Mesin Kira Wang dari Kondo Mewah





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    TERKINI! Anggota Polis Dilihat Membawa Keluar Mesin Kira Wang dari Kondo Mewah. KUALA LUMPUR: Selepas 18 jam menggeledah di kediaman peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pasukan polis kini menyambung operasi pencarian di sebuah kondominium mewah di ibu negara malam ini.


    TERKINI! Anggota Polis Dilihat Membawa Keluar Mesin Kira Wang dari Kondo Mewah

    Sekumpulan pegawai dan anggota polis dikatakan sedang mengira wang tunai dan mengumpul barang kemas dipercayai milik pemimpin tersebut.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan pihaknya membuat serbuan di kondominium mewah tersebut.



    Pengarah JSJK, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh bersama puluhan pegawai dan anggota @PDRMsia dilaporkan berada dalam Pavillion Residences @501Awani



    10.30pm: Kelihatan pegawai dan anggota @PDRMsia keluar masuk di Pavillion Residences. Difahamkan operasi di sini akan berlanjutan hingga awal pagi @501Awani pic.twitter.com/kPaWfgUwGo
    10.44pm: Beberapa anggota @PDRMsia yang membawa kamera dan peralatan rakaman digital keluar dari Pavillion Residences @501Awani pic.twitter.com/tRPwrl6GZx


    10.56pm: Salah seorang anggota @PDRMsia membawa keluar mesin kira wang dari Pavillion Residences @501Awani pic.twitter.com/OJF21oGdxC
    11.03pm: Sebuah trak polis bersama beberapa kenderaan pegawai dan anggota @PDRMsia keluar daripada Pavillion Residences @501Awani pic.twitter.com/7VDuQw58CV


    10.44pm: Beberapa anggota @PDRMsia yang membawa kamera dan peralatan rakaman digital keluar dari Pavillion Residences @501Awani pic.twitter.com/tRPwrl6GZx

    Astro AWANI difahamkan salah seorang anggota polis turun dari kondominium mewah sekitar jam 10.56 malam itu membawa peralatan siasatan termasuk mesin untuk mengira wang.

    Sewaktu artikel ini diterbitkan kira-kira jam 11.15 malam tadi, Amar Singh dipercayai masih berada di dalam kondominium itu.

    Kru Astro AWANI sedang memantau perkembangan terbaharu di premis berikut untuk mengikuti sidang media bersama Amar Singh di situ sebentar lagi. - astroawani

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad